I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 27, 2011

~ NeW LiFe as A HumAn~

alhamdulillah maseh lagi dibenarkan brnafas dan brblog..
lama sudah rasa jari x mengetuk keyboard untk brblog...
sudah menjadi org baru...

* org yg sudh mmpunyai pekerjaan..*
*suda menjadi org yg ada tanggungjwab untuk phamily ( bkan brkahwin ea)*
*org yg suda mmpunyai workmates bkan class mates..*
*org yg suda mmpunyai perasaan seperti org dewasa..*
*org yg sedang melalui fasa yg bru dlm kehidupan*

ya aku sudah 22 angka 2 suda muncul di depan..
sudah perlu menjadi org dewasa..
ya Allah moga prjalan hidup ini penuh dengan sesuatu yg mengembirakan..
aminn..

Saturday, June 11, 2011

Thursday, May 5, 2011

~The Reason~

The reason..
a.k.a alasan...
apa ada pd alasan???
alasan...alasan..alasan...
da terasa jemu nk kci alasan...
banyak manusia suka mmberi alasan..
bak kata orang:
seribu alasan.. mybe..
sejuta alasan.. mybe..
sebillion alasan...
tengok berapa banyak alasan yg mmpu seseorang insan a.k.a manusia mmpu berikan..
cukup la dengan mmberi alasan...
sudah penat dengan mendengra pelbagai alsan..
maka jauhi la diri ini dr mnjadi seorang yg suka mmberi alasan..
~aien~

Thursday, April 7, 2011

~NeRvOuS~

alhamdulliah..
selesai sudah pembentangan projek akhir bagi semester trakhir ku..
dan final exam untuk semester akhir bakal tiba..
bersedia ke aku??
untuk para sahabat..
moga maju jaya...
hurm final exam untuk sem ini..
final exam yg trakhir..
untuk aku mengenggam segulung diploma..
sedey rasa nk tinggalkan rakan2..
teman2..
aku doakan kalian agar maju jaya dalm hidup mu..
moga hubungan persahabatan kita akn sentiasa berkekalan..

Saturday, March 26, 2011

~PeRiNgAtAn UnTuK SaYa~

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku!!!

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.

Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh..

Llindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga

Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..

Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..

Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…

Aku menunggu lisan ijab darimu..

InsyaAllah,sedia menanti di sini.. ^_^

Saturday, March 19, 2011

~SaHaBaT~




melihat cuaca yg agak mendung..
tiba2 teringatkan sesuatu..
teringat akan para sahabat...
sangat merindui kalian..
merindu kan gelak tawa bersama..
merindui semasa sedang berbual bersama...
merindui semasa makan bersama...
merindui ketika saat keluar bersama..
merindui segala-galanya tentang kalian smua..
wahai para sahabat kue...
tahukah kalian bahawa aku ingin sangat senantiasa bersama dengan kalian..
tapi aku tahu..
itu agak mustahil...
mustahil untuk kita kembali semula ke masa lalu..
hanya kenangan lalu yg mampu terbayang di tabir mata..
tapi ingatlah wahai sahabat kue...
aku akan sentiasa mendoakan kalian...
supaya hidup kita akan sentiasa bahagia...
sentiasa menjadi org yg sabar dan tabah..
mungkin sesabar sumayyah ketika anak dan suami sedang diseksa...
menjadi org yg selalu hatinya sentiasa ingat pada tuhan..
dan menjadi org yg akan selalu dirahmati oleh ALLAH s.w.t..
insyaallah...
aku sangat berbangga dan sangat bahagia..
mendapat kalian sebagai sahabat ku..


Thursday, March 10, 2011

~IlMu BeRmAnFaAt 3~

Anda belum matang sekiranya…….

MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam lamanya dalam hujan,untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres(kurang 2 minit untuk 4 rakaat)atau tidak solat langsung!

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun oleh wanita yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari,padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

ASYIK terkenangkan wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu bapa yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

SUSAH hati jika tidak menerima surat,e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon atau memberi SMS kepada ibu bapa.

Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya ketika mengadap Allah dalam solat tidak mementingkan kecantikkan langsung.

LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti:SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH DAN ALLAHU AKBAR!

KECEWA,putus asa dan susah hati bila putus cinta dengan kekasih sebaliknya tidak kecewa ,putus asa atau susah hati bila putus cinta dengan Allah.

dari salah seorang sahabat..
dr FB~~

Wednesday, March 9, 2011

~IlMu BeRmAnFaAt~

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku

Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus

Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu

Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat

Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati

Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku

Tidak merosakkan agamaku

Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku

Agar keyakinanku tak berobah

Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku

Sentiasa bersama-Mu

Supaya aku rasa, ada kawan melindungku

Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah

Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati

Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik

Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku

Ilmu dan hikmah

Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku

Supaya lahir batinku bersyariat

Agar lahir batinku menjadi taat

Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Sunday, March 6, 2011

~IlMu BeRmAnFaAt 2~

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA?

Dimanakah cantiknya seorang wanita? Mungkinkah pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam atau yg kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yg tidk jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak2. atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yg dpt melembutkan perasaan.

sejuta perkataan pun belum cukup untuk menceritakan kecantikan seorang perempuan. Malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. seharusnya kita memanjat syukur kehadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan kita keindahan-kaindahan itu. Namun begitu, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya, segalanya akan pergi jua. Wajah akan menjadi suram dan berkedut, mata pula akan menjadi suram. satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat kewanitaan yang dipupuk dgn iman, ibadah dan akhlak mulia.

WANITA!! ANDA INGIN KELIHATAN CANTIK??

1. Jadikanlah Ghadhdul Basyar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata"
anda, nescaya mata anda akan menjadi semakin bening dan jernih.
2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya bibir akan menjadi
semakin manis.
3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dgn kosmetik yg diperbuat dari rasa malu yg
terhasil dari salun iman.
4. Pakailah "sabun istighfar" yg menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang
anda lakukan
5. Rawatlah rambut anda dgn "selendang islami" yg akn menghilangkan
kelumumur pandanagan lelaki yg membahayakan.
6. Hiasilah kedua tangan anda dgn gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dgn cincin
Ukhuwwah
7. sebaik-baiknya kalung yg anda pakai adalah kalung "kesucian".
8. Bedaklah wajah anda dgn "air wudhu'" nescaya wajah anda akan bercahaya
di akhirat.

~dari salah seorg sahabat dri grup FB~

~TaZkIrAh~

Jangan Zalimi Diri Sendiri

Drp Blog Halaqah

Semua manusia fitrahnya adalah melakukan kebaikan. Fitrah manusia juga percaya ada satu kuasa yang super power di dunia ini. Jika beragama,pasti percaya adanya Tuhan. Didalam setiap agama dan kepercayaan mendidik manusia untuk berakhlak mulia. Menjaga diri , bersopan santun dan hidup di dalam harmoni. Tidak ada mana-mana manusia fitrahnya mahu kepada kerosakkan dan kezaliman.

Namun ramai yang tidak tahu apakah maksud zalim itu. Adakah hanya dengan melakukan kekejaman itu dikatakan zalim? Adakah dengan menganiya orang lain itu dikatakan zalim. Bagaimana jika dia menganiya diri sendiri? Adakah dikatakan zalim?

Sebenarnya membiarkan diri kita melakukan kemungkaran adalah perbuatan zalim terhadap diri sendiri. Ramai orang tidak sedar akan hal ini. Membiarkan diri melakukan maksiat adalah kezaliman yang sangat dasyat. Kenapa kita kata begitu? Kerana bila kita membiarkan diri kita berada di dalam kemungkaran dan maksiat, sebagai orang yang beragama, percaya adanya syurga dan neraka, maka kita telah menempatkan diri kita di dalam neraka. Seseolah kita telah tempah tiket untuk menuju ke sana.

Makanya, walaupun sudah ada tiket, tetapi perjalanan masih jauh (takut juga esok mati), kita masih diberikan peluang untuk bertaubat. Maka supaya tidak menzalimi diri sendiri, kepada yang sering melakukan kemungkaran dan maksiat, segeralah bertaubat. Taubat dengan sebenar-benarnya taubat.

"Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Maha suci diri-Mu, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri."

Kenapa? Mengapa setelah Allah suruh kita memuji-Nya, diminta kita kutuk diri sendiri? "Aku zalim, aku zalim!" seolah-olah itu kehendak Allah SWT.


diambil dri sahabat dlm grup fb~~

~NiAt~

Daripada Amirul Mukminin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Hadith 1
Seperti yg tertera di atas, hadith ini merupakan induk utama dalam Islam. Pendapat ulama mengatakan hadith ini mencakupi 1/3 dari ilmu Islam(betulkan saya jika saya tersilap). Tiada lagi keraguan tentang hadith di atas kerana perawinya cukup arif tentang hadith, malah guru segala guru hadith. Al-Bukhari dan Muslim.
Saya mengutarakan sedikit pandangan saya tentang hadith ini. Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya;
“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”
Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia, sebagai hambaNya. ALLAH tahu apa yg kita perlu. ALLAH amat menyayangi kita. Kita lihat pula apabila seseorang itu berniat buruk;
“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.”
Sekali lagi sahabat-sahabat, lihatlah kemurahan ALLAH. DIA amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya. Rasulullah s.a.w juga amat kasih hambaNYa… ” Ummati, ummati, ummati…Ummatku, ummatku, ummatku…”.
Namun adakah kita hargainya?
Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh s.w.t. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya… Lakukanlah keranaNya.
Apa maksud niat?
Dari segi Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.
Dari segi Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t
Apa pula yang dimaksudkan dengan hijrah?
Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.
Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.
Ya, perubahan dalam konteks ini lah saya suka tekankan. Perubahan yg merangkumi kehidupan kita, kehidupan kita sebagai muslim. Semua manusia inginkan kehidupan yg lebih baik. Rumah yg besar, gaji yg besar, kereta yg besar, t.v. yg besar, juga isteri yg ‘besar’. Semua ini memang keinginan manusia apabila ingin berubah. Namun, kita lupa pada satu perubahan, perubahan yg berkait hidup dan mati kita, perubahan yg menentukan kita di pihak mana, al-Haq atau al-Batil… Kita lupa! Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bukan separuh-separuh…
“Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya…”
( al-Baqarah:208 )
ALLAH memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk ISLAM ini separuh-separuh atau sebahagian sahaja. Selalu sahaja kita dengar:
“Alah, nanti aku nak kahwin, aku ikutlah sunnah nabi…”
“Terkongkong la brader.., semua benda nak buat mesti ada syarat…”
“Eh? Buat apa nak ikut syarat-syarat itu semua, nanti tak untung lah kita…”"alah..walaupun aku xmenutup aurat secara sempurna, tapi aku jaga solat,puasa,zakat..."
Demikianlah alasan demi alasan yg menolak perubahan kepada ISLAM, perubahan yg membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, hidup dan selepas kita mati. ...Adakah anda masih mahu menunggu lagi?
Pokok perbincangan hadith
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
Para ulama’ menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qaisyg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.
2) Kenapa niat penting :
a. untuk bezakan ibadat dengan adat.
b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. ALLAH dan berjanji dalam hadith ini bahawa apabila kita berhijrah kerana ALLAH, maka kita akan dapat ganjaran di sisi ALLAH s.w.t. Apabila kita berhijrah kerana dunia atau wanita, seperti hadith di atas, maka kita juga akan perolehnya tanpa ganjaran di akhirat nanti.

3) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
• dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
• makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
• jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.”(adz-Zariyaat:56)
ALLAH telah menciptakan kita untuk beribadah kepadaNya, beribadah dalam sepenuh masa. Bagaimana?
Itu semua bergantung kepada niat kita, yg mana kita tahu dengan niatlah ia akan membezakan sama ada ibadah atau adat. Kita lihat contoh kesan-kesan di atas, semuanya merangkumi perbuatan yg kita lakukan dalam kehidupan kita, malah perbuatan tersebut secara zahirnya tidak menunjukkan kita beribadah kepada ALLAH. Makan, nampakkah seperti ibadah? Minum, nampakkah? Main, apatah lagi jauh sekali dari konsep ibadah yg masyarakat ISLAM faham sekarang… Jauh sekali! Namun, dengan niatlah ia merubah, evolusi kepada ibadah. Hanya dengan mengatakan… ‘Aku lakukan ini hanya kerana ALLAH’,di iringi dengan kerendahan hati yg patuh dan taat kepada perintahNya, di sertai kerelaan melakukan perbuatan itu keranaNya, bukan semata-mata adat yg keluarga kita lakukan atau bangsa kita lakukan.
Tetapi awas, bukan semua adat boleh berubah menjadi ibadah, kerana ia terbatas dengan syarat-syarat yg tidak bertentangan dengan ISLAM. Syarat yg mesti dipatuhi. Tak akan berlaku perkara ini ;
“Aku mencuri ini hendak tolong orang yg susah…”ujar Robin Hood.
Tidak boleh, wahai saudaraku. Perbuatan yg melanggar tatasusila ISLAM, maka ia tidak berubah menjadi ibadah dengan hanya menyebut ‘keranamu ya ALLAH’. Tidak sekali-kali ia berubah. Yg haram dalam ISLAM, tetap harap dalam ISLAM, manakala yg halal dalam ISLAM, tetap halal dalam ISLAM.
Antara pengajaran hadis:-
(1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
(2) Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
(3) Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
(4) Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
Bahan Rujukan:-
Al-Quran.
Hadith 40; Imam Nawawi.blog beberapa orang sahabat

Saturday, March 5, 2011

~SaYaNgKuE~

~JuNiOr~

~BaBy~

~KuEtIp~

~BeNnIE~ (suda tiada)


~JuNioR n KuEtIp~


~tahukah kalian aku sngat menchentai kalian~
~kiut x??~
~ ^_^ ~

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

:: KiSaH TeLaDaN::

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .

~dri sahabat dri group di fb~

~IlmU Yg BrMaNfaAt~

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


.. "Aku Mengamati Semua Sahabat.. Dan Tidak Menemukan Sahabat Yang Lebih Baik Daripada Menjaga Lidah.. Aku Memikirkan Tentang Semua Pakaian.. Tetapi Tidak Menemukan Pakaian Yang Lebih Baik Daripada Taqwa.. Aku Merenungkan Tentang Segala Jenis Amal Baik.. Namun Tidak Mendapatkan Yang Lebih Baik Daripada Memberi Nasihat Baik.. Aku Mencari Segala Bentuk Rezeki.. Tapi Tidak Menemukan Rezeki Yang Lebih Baik Daripada Sabar" ...

... Sayidina Umar bin Khattab ...


wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada Rahmat Allah ‘Azza wa Jall kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan. Bersihkanlah kotoran dari pakaian agamamu dengan air taubat, dengan taubat yang istiqomah dan ikhlas. Kemudian, harumkanlah pakaian agamamu itu dengan (air wangi) ma‘rifah. Berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah mana pun engkau toleh, terdapat hewan-hewan yang buas sedang berada di sekeliling dirimu, dan pengaruh-pengaruh jahat yang merusak pula sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadanya dan kembalikanlah hatimu kepada al-Haqq ‘Azza wa Jall.

~credits 4 sahabat dr group di fB~


Kita selalu berdoa..setiap kali selesai solat atau ketika dalam kesusahan..

Ada ketikanya, kita rasa lelah berdoa, tetapi apa yg kita mohon tidak diperkenankan oleh Allah.

Lalu kita persoalkan, kenapa doaku tidak dimakbulkan?

Adakah Allah tidak sudi mendengar doaku?

atau adakah Allah tidak sayang kepadaku?

Malah ada berputus asa dan tidak mahu berdoa lagi.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, atau tanpa kita ketahui, kerana kekhilafan dan kelalaian diri sendiri, kita berdoa secara membuta tuli sahaja. Tanpa mengikut adab atau aturan yang sebenar. Bukanlah Allah tidak mendengar atau tidak memakbulkan doa kita itu, tetapi alangkah baik dan indahnya andai kita tahu adab dan aturan yang sebenar untuk berdoa.

Islam itu indah. Semuanya telah diaturkan untuk kemudahan kita. kita hanya perlu mencari dan mempelajarinya, InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah.

Berikut ialah panduan untuk kita sama-sama hayati dan amalkan. semoga doa kita sampai kepada Allah SWT dan dimakbulkan....InsyaAllah..

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman,

“..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55,

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata ,

“Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.

[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda,

“Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.”

[2] Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab:

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia

tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Jangan putus asa untuk terus berdoa..semoga doa2 kita dimakbulkan bila sampai masa yang sesuai..


~dri sahabat dlm group fb~

~moga brmanfaat~

~IlmU Yg BrGuNa~

seringkali melihat masalah yg sama dan berulang kali dihadapi teman-teman seperjuangan, maka bolehlah kiranya pesan ini hamba titipkan,
berhati-hatilah wahai pemuda apabila kita mahu menabur budi kepada kaum wanita..biarpun kita bertegas ia hanya ukhwah fillah semata, masih ada daerah yg kita harus fahami, patuhi dan menjauhkan diri..kerana seringkali kebaikan kita disalah anggap bahawa kita sedang memberikan harapan kepada mereka..usah permainkan perasaan kaum Hawa, kerana meskipun bukan semua, tetapi rata-rata mereka tidak pernah gagal dalam memahami bahasa Cinta..
pesan ini ditujukan buat kita para pemuda, dan jika kamu merupakan pemuda yang mengaji agama, ada rupa dan baik pula pekertinya, maka pesan ini lebih-lebih diutamakan buat kamu ambil perhatian..

diambil dr slah sahabat..
group di fb...
moga brmanfaat..

~MeNiTi HaRi BaRu~

baby...kanak2..remaja..dewasa...org tua...menghadap illahi..
kesemua tue semua akn mmbuatkan kita menghadapi hari baru...
dri baby yg x taw apa2..
kepada kanak2.. yg mula nk melihat dunia...
dri kanak2 ke remaja...
pelbagai benda bru yg trjadi..
kawan2..zaman prsekolahan..suka duka dlm prsahabatan..
kesemua nei prmulaan pada satu kehidupan,,,
habis jadi remaja.. msuk ke alam dewasa,,
tiada lagi keseronokkn...
org kata zaman prsekolahan + remaja merupakan zamn paling best + syiok skali..
yer dn tanpa ragu2.. sy memg brsetuju...
zaman sekolah paling x lei lper.. brjumpa kwan..prgi mkn sama2.. bkak puasa sama2.. hee
dan sekarang saya dan para sahabat suda masuk ke alam dewasa..
mula fikir pada kerja..kawen..ada anak.. (gatal sangat)
tpi nei suma salah satu fasa baru yg wajib untuk suma umat manusia tempuhi..
hee..untuk sahabat2 yg bakal masuk ke fasa tuh...smoga brbahagia..
dan bwat salah seorg sahabat trapat aku (anda tahu sapa yg sy mksudkn)
jgan trlalu memikir... kadang2 kita memg slalu akan diuji..
contoh salah satu ujian..memikir sesuatu yg negatif...
yunk just go for it..
ak taw ko bole..
dn untok yg 2 org agie...
akan akn sentiasa menunggu berita baik dri kowang..
ner taw kowang pown da brsedia untuk ke fasa setwosnyer..
oww lper..
fasa mghadap Illahi..
adakah anda suda btol2 brsedia...
moga kita suda brsedia untok brjumpanya..
dn moga Dia sudi menerima kita..
insyaallah..
~ahad~
~12.12 p.m~
~6 march 2011~

~TeMaN SeJatI~




~moga ikatan ukhwah yg trbina~
~akan berkekalan~
~insyalaah~
~cyg kowunk~
p/s: sebenarnya ramai lgi..tpi gmabr kowang x da r~
~cyunk u owlz la~

~InDaHNyA CiPtAaN ILLAHI~







~indah bukan~
~semoga kita senantiasa dapat melihat keyndahan ini~

~PhAmIly KuE~ (part 2)

~AcIk n AdIK~


~My AlOnG~





~AdEk BeRaDeK KuE~